Saturday, August 30, 2008

Fakta Magnet.

Bio Magnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin – yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif. Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi. Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.

No comments: